Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Nokia dan juga Microsoft, mungkin telah sedia maklum yang mana kedua-dua gergasi itu kini bekerjasama, dalam membangunkan peranti Windows Phone, dan beberapa perkara lain. Dan menurut DigiTimes, kedua-dua gergasi ini bakal memperkenalkan tablet Windows 8 pada penghujung tahun ini, dan menjadi antara yang terawal memperkenalkan tablet Windows 8 kepada umum.

Ia dilaporkan, Nokia bakal memperkenalkan tablet Windows berasaskan ARM, bersaiz 10-inci, dengan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm SoC dwi-teras. Spesifikasi yang lain masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada Nokia, pelbagai gergasi lain turut sama sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan tablet Windows 8 mereka, dan antaranya adalah Dell.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd