READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Platform Windows walaupun tidak memberikan kebebasan menyeluruh seperti Linux dalam pengubahsuaian, ia masih memberikan pelbagai pilihan, dimana para pengguna desktop mungkin sedia mengenali pelbagai aplikasi seperti Windows Blind, Transformation Pack dan sebagainya. Jadi bagaimanakah pula dengan Windows Phone?

Sehingga ke hari ini, Windows Phone masih menggunakan sokongan antaramuka Metro padanya, yang mana amat dicintai oleh para penggunanya. Metro membawakan sebuah revolusi baru dalam industri peranti mudah-alih dengan sokongan sentuh, dan turut menjadi fokus utama Microsoft untuk platform mudah-alih dan juga untuk desktop.

Sebelum ini, Nokia pernah bercadang untuk memperkenalkan rekabentuk antaramuka khas untuk peranti mereka, menggunakan platform Windows Phone (sama seperti apa yang HTC dan Samsung lakukan menggunakan Android). Namun, perkara tersebut seperti tidak diteruskan lagi oleh mereka, dan Nokia telah pun melancarkan beberapa peranti mereka menggunakan antaramuka Metro seperti asal.

Untuk makluman, walaupun terdapat pelbagai peranti Windows Phone, peranti Nokia Lumia telah mendapat perhatian ramai, dan turut menjadi peranti pilihan untuk pengguna Windows Phone.

Dengan paparan antaramuka baru khas untuk Windows Phone yang diperlihatkan ini, ia menunjukkan yang mana Nokia pada tahun lepas pernah berhajat untuk menggunakan antaramuka khas pada peranti mereka.

Namun, mungkin disebabkan untuk memberikan penggunaan yang konsisten dikalangan pengguna, disamping mungkin rekabentuk yang dihasilkan mereka tidak begitu menarik, mereka kekal menggunakan antaramuka Metro pada Nokia Lumia.

Terdapat 19 komen
  1. ini macam de-design oleh perempuan je.
    ok kill me now for this sexist comment

  2. ini macam di-design oleh perempuan je.
    ok kill me now for this sexist comment

  3. gambar yg ade tu contoh jer. kalau ade yg lain mesti ade yg lebih cantik dan menarik

Komen

Nama
Web