Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, P1 telah pun mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak Telekom Malaysia dalam membawakan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar kepada para pengguna, dan mengikut beberapa sumber, ia bakal dilancarkan seawal minggu hadapan kepada umum, dan mensasarkan syarikat dan organisasi ketika awal pelancarannya, selain daripada pengguna umum.

Buat masa ini, apa yang bakal ditawarkan oleh perkhidmatan P1 baru ini masih tidak diketahui lagi. Namun, ia diketahui perkhidmatan terbaru daripada P1 ini bakal dikenali dengan nama Fiber (P1 Fiber). Perkara ini diketahui melalui perkhidmatan pelanggan mereka, dimana hari ini, P1 telah menambah sebuah saluran baru yang dinamakan sebagai Fiber, selain daripada saluran sedia ada yang dikenali sebagai 4G (untuk internet tanpa wayar) dan juga Voice (untuk sokongan suara).

Maklumat lanjut berkaitan dengan pelan dan pakej yang bakal ditawarkan masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd