Cari @ Amanz

Microsoft Surface merupakan salah satu peranti yang diingini ramai, yang mana merupakan salah satu peralatan berupa sebuah meja, membolehkan anda membuat pelbagai perkara pada skrin sentuhnya, selain membolehkan kandungan digital dipindahkan daripada satu peranti kepadanya dengan hanya meletakkan diatas skrin tersebut.

Daripada apa yang kami berpeluang untuk bermain dengannya untuk beberapa minit di Samsung Forum 2012 di Bangkok, Thailand, mungkin Microsoft Surface perlu melalui beberapa fasa lagi sebelum dipasarkan dengan lebih meluas. Melalui percubaan kami, ia kelihatan sedikit lambat responnya, tidak pasti samada adakah ianya kekurangan pada Microsoft Surface ataupun pada SUR40 daripada Samsung.

Pada Samsung SUR40 yang dijana oleh Microsoft Surface, para pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi padanya, dan pada masa yang sama menggunakan objek pintar untuk membolehkan kandungan pada objek tersebut dipindahkan kepada skrin untuk diperlihatkan dalam bentuk digital.

Mengendalikannya juga mudah, dimana para pengguna boleh mengakses kepada sebarang aplikasi, dan untuk kembali semula ke skrin utama, pengguna hanya perlu sentuh dan tarik logo Microsoft Surface yang diperlihatkan pada setiap penjurunya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah akan dipasarkan secara meluas, dan mungkin ia akan mula dipopularkan dalam masa setahun dua lagi, apatah lagi kini pelbagai peralatan didatangkan dengan sokongan skrin sentuh, termasuk pada peti sejuk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd