READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Suku tahun pertama ini, berita berkaitan dengan laman perkongsian fail terus menjadi salah satu topik utama yang dibincangkan hangat. Setelah MegaUpload di tutup pada tempoh hari tanpa sebarang notis awal, kini mahkamah di Jerman telah mengeluarkan arahan kepada RapidShare untuk menapis kandungan berhak-cipta pada laman mereka dengan lebih aktif lagi.

Perkara ini merupakan lanjutan daripada bulan lepas, dimana RapidShare telah pun mula mengenakan had kelajuan sebanyak hanya 30Kbps untuk muat-turun yang dilakukan oleh pengguna tidak berbayar.

Mengikut mahkamah tersebut, ia meminta RapidShare mengesahkan sesebuah fail sebelum ia diterbitkan dan dikongsikan pada laman tersebut. Namun, memandangkan ianya sesuatu yang sukar, mungkin kita akan melihat sebuah alternatif baru daripada pihak RapidShare.

RapidShare merupakan salah satu laman yang telah berfungsi untuk sekian lama, menawarkan akaun berbayar pada kelajuan muat-turun tanpa had, berbanding pengguna percuma. Buat masa ini, tiada tindakan mematikan perkhidmatan diambil ke atas laman tersebut, memandangkan ia menggunakan model perniagaan yang berbeza dengan MegaUpload, yang mana MegaUpload menawarkan bayaran kepada para pengguna yang memuat-naik fail dan mendapat angka muat-turun yang tinggi melaluinya.

Selain daripada RapidShare, beberapa laman lain turut kini dibawah pemerhatian pihak berkuasa disana dan mungkin berita berkaitan laman perkongsian fail akan terus hangat sepanjang tahun ini.

Terdapat 19 komen
    • btol tu, sy pun selalu emailkan file psd kpd supplier utk sesi mencetak, kalau xde web file sharing amat menyusahkan jdnya.

      • tgk jenis file la, klu file yg legit x dk mslh la.sllu nya warez file yg pnca smua ni

    • banyak alternatif… app khusus. cloud storage.. lebih sesuai untuk tujuan tu..
      nk lagi mudah + convenient — try software ‘share by bittorrent’

  1. solution adalah kena buat satu fail arkib secara enkripsi dan diletakkan dengan kata laluan yang kuat sekali untuk mengelakkan fail anda dimuat turun oleh agen rahsia yang seterusnya cuba membongkarkan fail anda dan seterusnya kompeni pula dipersalahkan atas isu ini…

  2. adoiii~ nasib baik x psg streamyx 4mb lg…kalo x,kena abeskan tgk youtube je hari~ hahahaha

  3. Patutlah masa download baru-baru ni bawah paras 30Kbps je. Tengok download kat Hotfile maintain je laju. Dah diturunkan rupanya.

  4. rapidshare tak best..mediafire best..hahaha..tapi sekarg ni mmg strict dah nak download2 ni sbb ramai yg download smua free ja kan, macam movie…sng2 ja nak free..haha

Komen

Nama
Web