Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Samsung Galaxy Note telah pun dimulakan jualannya pada tahun lepas yang mana membawakan skrin sentuh bersaiz 5.3-inci bersama-sama dengan stylus khas dinamakan sebagai S-Pen. Dan kini, ia diumumkan, Samsung telah pun mencapai jualan sebanyak lebih daripada 2 juta unit peranti tersebut diseluruh dunia.

Bagi ramai pengguna, peranti tersebut bersaiz besar, namun, ia juga menjadi salah satu faktor utama ia diterima ramai. Para pengguna juga meminati sokongan S-Pen yang membolehkan mereka mengambil nota, ataupun membuat lakaran dan sebagainya dengan mudah terus pada peranti mudah-alih tersebut.
Samsung sendiri di Malaysia, mempromosikan peranti ini pada pelbagai lokasi, dengan mengadakan pelbagai roadshow, membolehkan orang ramai mendapat lakaran karikatur mereka secara percuma daripada artis-artis pada acara tersebut, sekaligus pada masa yang sama mempromosikan peranti tersebut kepada orang ramai.
Malah, sebagai tambahan kepada keluarga Galaxy Note, baru-baru ini, pada Mobile World Congress, Samsung turut sama memperkenalkan Samsung Galaxy Note 10.1, membawakan tablet bersaiz 10.1-inci dengan sokongan S-Pen. Samsung juga turut mensasarkan untuk menjual lebih 10 juta Galaxy Note menjelang penghujung tahun ini.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Salah satu dari tu adalah milik aku.. hahaha
+2
kira dlm RM jika note berharga RM 2299 X 2 000 000 = RM 4598 000 000. samsung sudah mensamsengkan diri.. haha
whohoooo! banyak tu!
sng2 je dpt revenue sampai RM4 billion lebey
semuanya belum saya miliki..huhuu
berjaya betul
..and Nokia kata handphone skrin besar “stupid” http://www.pocket-lint.com/news/44717/nokia-big-screens-are-stupid
tengah kumpul duit ni nak grab note 10.1 nanti bila available kat malaysia huhu
whohoo!
impian aku memang nak pakai Note… doakan aku ye
baik..kami doakan
ok kam i doakan
besar nak masuk poket best ke
teringit dohw nak turut pakai sama..
bestt woo
besar & terus membesar !
saya pun nak
memang hebat.. mcm mana compare den ipad ?