Cari @ Amanz

Pada acara Samsung Forum 2012 yang sedang berlangsung di Bangkok pada minggu ini, selain daripada peranti mudah-alih yang diperlihatkan oleh Samsung, mereka turut sama memperlihatkan beberapa produk dan peralatan rumah keluaran baru mereka, dan salah satunya adalah Navibot S daripada Samsung.

Melalui Navibot S, ia memudahkan anda menyapu dan membersihkan rumah secara automatik, dimana ia memudahkan anda membersihkan habuk disekitar rumah. Memandangkan ia didatangkan dengan sokongan WiFi terbina, membolehkan para pengguna mengawalnya menggunakan telefon pintar mereka, mahupun mengawal dan melihat status daripada web ataupun komputer mereka.

Ia turut sama didatangkan dengan sokongan membuang habuk yang terkumpul secara automatik, memudahkan urusan pembersihan dilakukan secara automatik olehnya, dengan pantauan yang amat mininum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd