Setelah pada awal tahun ini, para pengguna seluruh dunia dikejutkan dengan penutupan laman perkongsian MegaUpload, kini nampaknya MPAA di Amerika Syarikat memfailkan perkara sama ke atas perkhidmatan Hotfile, sekaligus diperkatakan berkemungkinan Hotfile akan menerima nasib yang serupa seperti pada MegaUpload.
Hotfile seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu laman yang menyediakan sokongan perkongsian fail di arena internet. Melalui dokumen yang difailkan ke atas pihak Hotfile, ia meminta Hotfile untuk ditutup secepat mungkin, memandangkan perkhidmatan utamanya memfokuskan kepada perkongsian fail-fail berhak cipta.
Melalui statistik yang dikeluarkan, dikatakan yang mana hampir 90% daripada fail-fail yang dimuat-turun daripada Hotfile setiap hari adalah fail berhak-cipta. Pada masa yang sama, Hotfile sebelum ini menawarkan komisyen kepada mereka yang memuat-naik fail untuk fail tersebut dimuat-turun daripada laman Hotfile. Tetapi, kemudiannya mereka mengemaskini polisi tersebut setelah MegaUpload ditutup secara mengejut pada awal tahun ini.
Apakah keputusan mahkamah masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, apa jua keputusan yang diumumkan, ia akan memberikan kesan yang serius kepada laman-laman perkongsian fail lain yang terdapat di arena web pada hari ini.
Kena beli server rusia, baru x kena tutup..
back to mirc
menyusul seketika nanti:-
Dalnet As Bad As Hotfile, MPAA Tells Court;
Webnet As Bad As Dalnet, MPAA Tells Court;
KampungChat As Bad As Webnet, MPAA Tells Court;
Khaled Mardam-Bey As Bad As Kim Dotcom, MPAA Tells Court
hotfile pulak kene eh? patut ada file yg dah kene deleted…..
entah berapa lama benda nie akan berkuatkuasa kan… lepas habis pilihanraya kt US kot…
aduii!! abis la cmni,xde tmpt dh nk mnyedut nnt,huu..
semua website file sharing kena tukar server!
go torrent
selanjutnya mediafire…?
nasib baik dah backup semua file kat tempat lain,kalau tak habis la
lepas ni sedut oksigen yg ade je ler… huhuhuuu..
mediafire dikecualikan . . .
kebanyakan file2 yg diupload mmg file2 yg berhakcipta kot.
janganlah mediafire!!..please!
sad…..
mediafire masih selamat.tlg jgn kco mdiafire
tapi aku perasan macam banyak link mediafire skrg ni dah jadi broken.. huhu.
woi stock rom android byk dlm hotfile…jenuh la cmni…brkira betul
RIP Hotfile
ketandusan file hosting..kene buat private server la kalo mcm ni…
oh MF…
jom tong tong sewa server rusia, apacelop
LEPAS NI RUSIa lagi rancang SOPAR
MEDIAFIRE OKAY LAGI…