Cari @ Amanz

Di Amerika Syarikat mahupun Eropah, sistem pembayaran menggunakan peranti mudah-alih, yang dijayakan dengan sokongan peranti tambahan, seperti Square telah pun popular. Dan menariknya, mungkin kita akan dapat melihat sokongan yang lebih kurang serupa di Malaysia, melalui peranti yang ditawarkan oleh SoftSpace.

SoftSpace

Melalui SoftSpace, ia menawarkan kebolehan untuk sesiapa sahaja menerima pembayaran menggunakan kad kredit mahupun debit utama dunia, termasuk MasterCard, Visa, dan banyak lagi. Ia menggunakan sebuah peranti tambahan yang digabungkan kepada iPad, iPhone atau iPod Touch, dan memudahkan para penjual dan pemilik kedai menerima bayaran melaluinya.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya melibatkan kewangan, dan di Malaysia, berkemungkinan ia memerlukan kelulusan pihak Bank Negara Malaysia yang mungkin mengambil masa yang agak lama untuk disahkan.

Ia masih lagi tidak diketahui samada adakah ianya telah aktif, dan boleh digunakan ataupun tidak. Kami telah menghubungi pihak mereka dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.

Dan sekiranya perkara ini berjaya, mungkin ianya tidak mustahil lagi untuk kita berjalan-jalan di pasar malam, dan melakukan pembayaran menggunakan kad sahaja.

Terima kasih @Junaidix untuk tips awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd