READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Selain daripada perancangan untuk Boot-To-Gecko, Mozilla juga bakal membawakan sokongan baru pada klien emel mereka, Thunderbird, dimana mereka ingin memudahkan mereka yang tidak mempunyai alamat emel mendapatkan emel peribadi mereka terus daripada klien tersebut, tanpa perlu melalui proses pendaftaran di laman pihak lain seperti biasanya.

Perkara ini dilakukan oleh Mozilla, memandangkan daripada sebuah bancian yang dilakukan oleh mereka, mereka mendapati kebanyakkan pengguna baru menjangka akan mendapat alamat emel bersama-sama dengan klien Thunderbird apabila mereka memuat-turun dan memasang aplikasi tersebut.

Untuk mengatasi perkara ini, Mozilla bekerjasama bersama-sama dengan beberapa penyedia alamat emel, dan menawarkan alamat emel percuma, mahupun berbayar melalui perkhidmatan mereka.

Fungsi ini sudah pun boleh didapati melalui Thunderbird versi beta sekarang, dan akan dilancarkan kepada umum dalam kemaskini versi stabil aplikasi tersebut yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Terdapat 2 komen

Komen

Nama
Web