Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk membaca kandungan pada laman web, terutamanya memfokuskan pengguna peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan juga tablet. Salah satu daripadanya adalah aplikasi baru yang dilancarkan untuk platform iOS, iaitu Readability.

Apa Itu Readability?

Melalui Readability, ia memfokuskan kepada perkara utamanya, iaitu memudahkan para pengguna membaca kandungan sesuatu laman web itu, dengan membuang pelbagai gangguan lain, seperti iklan, komen dan sebagainya. Ia memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan, dan dipersembahkan dalam bentuk yang menarik.

Salah satu kelebihan yang terdapat pada Readability adalah dimana ia di sync dengan akaun khas yang didaftarkan ketika anda memasang dan menggunakannya buat pertama kali. Melalui akaun tersebut, anda turut boleh menggunakannya pada komputer desktop anda melalui pelayar web, dan menyimpan artikel-artikel yang anda ingin baca.

Seterusnya ketika anda memulakan aplikasi tersebut melalui peranti mudah-alih anda, semua kandungan akan dimuat-turun, dan memudahkan anda membacanya dengan memfokuskan sepenuhnya pada kandungan.

Bagi anda yang tidak mempunyai sebarang senarai untuk dibaca (yang ditandakan sebagai Read Later), maka anda akan dibawa kepada pelayar web Readibility (pada iOS), dimana anda boleh menggunakannya sebagai pelayar web biasa dengan melayari laman web pilihan anda, dan seterusnya menandakan untuk membacakan sesuatu artikel, ataupun memilih untuk membaca, dan ia akan memperlihatkannya dalam bentuk kandungan sahaja.

Fungsi Tambahan

Sebagai fungsi tambahan, ia turut disertakan dengan sokongan untuk membesarkan teks, samada ingin membesarkannya lagi ataupun mengecilkan lagi. Anda juga boleh memilih bentuk tulisan (font) pilihan anda untuk memudahkan pembacaan, serta pada masa yang sama, memilih warna latar, sesuai untuk dibaca pada siang ataupun malam.

Ia turut diintegrasikan bersama sokongan sosial, membolehkan anda berkongsi sesebuah artikel itu bersama rakan anda yang lain melalui Twitter, Facebook, emel, dan sebagainya.

Muat-Turun Readability

Aplikasi Readability ditawarkan untuk beberapa platform popular, termasuk pada iPhone, iPad, Mac, Chrome dan banyak lagi. Bagi pengguna peranti pintar yang lain, ia turut menyediakan aplikasi berasaskan web, dimana anda boleh melayari laman khas Readability yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Alternatif Lain

Alternatif lain untuk aplikasi ini yang turut membawakan sokongan yang lebih kurang sama adalah Instapaper, Evernote Clearly dan juga Read It Later.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd