READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Beberapa minggu sebelum ini, kita telah dapat melihat ujian pihak YouTube, memperlihatkan beberapa gambar kecil (thumbnail) ketika sesuatu video itu sedang dimainkan. Sehingga ke hari ini, ia hanya diuji pada segelintir kecil pengguna sahaja, tetapi ia bakal berubah tidak lama lagi, dimana Google hari ini mengumumkan pengenalan fungsi tersebut kepada semua pengguna.

Melalui sokongan baru ini, ia bakal membolehkan para pengguna dan penonton di YouTube melihat gambar thumbnail untuk bahagian-bahagian yang akan datang pada video tersebut, dan melangkauinya sekiranya diinginkan.

Sokongan ini telah pun sedia terdapat pada beberapa penyedia perkhidmatan video, seperiti Daily Motion dan sebagainya, yang menawarkan fungsi tersebut. Namun, pengenalannya pada YouTube semestinya memberikan impak yang lebih besar, memandangkan ianya merupakan salah satu platform video terbesar didunia.

YouTube dijangka bakal memperkenalkan sokongan ini kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Terdapat 7 komen
  1. Ada sekali terserempak dengan feature thumbnail ni masa tengok movie kat youtube. Menarik.

  2. macam pernah nampak je feature ni kat website lain. tiru ke? haha ape name tah website tu? thumb? ibujarikaki.com? kehkeh

Komen

Nama
Web