Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google, pada tahun lepas telah pun melancarkan YouTube Singapura dan juga YouTube Filipina, membolehkan para pengguna tempatan yang menghasilkan kandungan berbentuk video, untuk menggunakan platform daripada Google itu, dengan beberapa fungsi dan sokongan tambahan. Dan kini kelihatan YouTube Malaysia turut sama bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube, berbeza dengan sebelum ini. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir. Melalui pelancaran YouTube versi tempatan kelak, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.
Perkara ini semestinya bakal menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan kandungan berbentuk video di Malaysia kelak.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
You Tube Indonesia..?
haha
Dulu masa buat fan facebook..kerajaan habiskan juta-juta..hehe
kali ni youtube lak..agak-agak..ni bebas ke..video..atau ditapis mcm utusan gak..
Tak lama lagi, haha
kesian kau. x lama lg ada la tu.
menarik!
Apa bezanya dengan Youtube Biasa??
buat masa ni, domain.
program Youtube Partner.
cool.
tak menarik la.. cer letak http://www.YouTube.my baru menarik!
nasib baik youtube.my & youtube.com.my didaftarkan oleh sykt yg sama……
haaa…???
bleh, 1Tube lagi best.
perkembangan industri malaysia yg sihat,hee
makin ramai la pamer bakat kt youtube,
=__= ”
makin ramai orang buat vlog.. n jadi vloggers terkenal! yuhuuuu~~!!!
bagus la lepas ni ley youtube nya video mudah utk di claim oleh producer2 cerita.. senang2 je upload citer free
Tak ada beza pun dengan YouTube yang biasa?
Tak nampak sangat perbezaan dengan youtube biasa.