READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Zynga, seperti semua sedia ketahui merupakan salah satu gergasi permainan sosial di Facebook mahupun di Google+, dimana menawarkan pelbagai permainan sosial terkemuka, seperti CityVille, MafiaWars dan banyak lagi. Facebook sendiri telah sedia mengumumkan yang mana 12% pendapatan mereka adalah hasila permainan daripada Zynga. Dan hari ini, Zynga mengumumkan platform permainan sosial mereka tersendiri di Zynga.com.

Melalui laman Zynga.com yang bakal diberikan nafas baru, ia bakal membolehkan para pengguna bermain pelbagai permainan berbentuk sosial terus daripada laman tersebut, tanpa perlu ke laman Facebook atau lain-lain. Namun, ia masih menggunakan sokongan Facebook Connect dan juga Facebook Credits pada permainan tersebut. Beberapa laporan juga turut mengatakan, Zynga mungkin akan memperkenalkan sokongan pendaftaran bukan sahaja menggunakan akaun Facebook, tetapi daripada platform lain seperti Google+ pada masa akan datang.

Namun menariknya, Zynga.com turut akan dibuka kepada para pembangun permainan sosial yang lain, membolehkan mereka turut sama menawarkan permainan sosial mereka terus daripada platform tersebut. Para pengguna pula, boleh lebih mengenali rakan-rakan baru mereka berdasarkan kepada permainan yang dimainkan mereka, disamping lebih rapat dengan rakan-rakan sedia ada. Sebuah profil khas juga dijana pada Zynga.com dengan aktiviti anda berkaitan permainan sosial di laman tersebut.

Untuk makluman, Friendster yang berpangkalan di Malaysia juga turut menawarkan sokongan yang lebih kurang serupa. Namun, semestinya Zynga mempunyai nama yang lebih gah diarena permainan sosial, dengan angka pengguna bulanan hampir 250 juta orang, ia semestinya akan memberikan saingan yang sihat kepada Friendster milik MOL.

Terdapat 3 komen

Komen

Nama
Web