Cari @ Amanz

Seperti ura-ura pada awal minggu ini, hari ini, Zynga secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka telah mengambil-alih syarikat permainan sosial, OMGPop. Harga pengambil-alihan tidak diberitahu, tetapi laman AllThingsD melaporkan ianya adalah sekitar $210 juta secara keseluruhannya.

OMGPop membangunkan permainan berasaskan web, termasuk permainan Facebook dan juga aplikasi untuk peranti mudah-alih. Terbaru, permaina mereka yang menjadi fenomena di seluruh dunia adalah Draw Something.

Aplikasi Draw Something yang membolehkan para pengguna bermain bersama rakan mereka yang lain, dan meneka apakah lukisan mereka itu, telah menjadi salah satu permainan popular, dimana dalam masa kurang 6 minggu, ia mempunyai lebih daripada 12 juta pengguna aktif seluruh dunia. Aplikasi itu sahaja dilaporkan menjana pendapatan sebanyak $250,000 setiap hari.

Dengan pengambil-alihan ini, Zynga terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar permainan sosial dan berasaskan web nombor satu dunia, dan menambah lagi angka pengguna mereka secara tidak langsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd