Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum dan kenali akan Celluon Magic Cube, yang mana menawarkan sokongan papan kunci maya, dan telah mula dijual bermula daripada tahun lepas. Sehingga ke hari ini, kami masih belum berpeluang mengujinya sendiri, namun melalui video-video yang dikongsikan melalui web, ia kelihatan amat menarik sekali, serta membuktikan teknologi seumpamanya bukanlah suatu yang mustahil.

Papan kunci maya yang diperlihatkan, dijayakan melalui sokongan projektor, membolehkan para pengguna menghubungkannya dengan peranti lain, seperti peranti iOS, Android, Windows dan juga OS X sama ada melalui sokongan USB mahupun Bluetooth. Di Malaysia sendiri, gajet ini sudah boleh didapati, terutamanya melalui forum-forum terkemuka seperti Lowyat, mahupun laman jual-beli seperti Lelong dan sebagainya.

Jadi, dengan peranti seperti Samsung Galaxy Beam yang sudah mula mengintegrasikan sokongan projektor terbina padanya, adakah kita akan dapat melihat peranti konsep seperti Seabird tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd