Dari hari ke hari, dengan pelbagai perkara ditambah ke sesuatu laman web, ia semakin menjadi berat dan mengambil masa yang lama untuk dibuka. Jadi, apakah masa purata untuk membuka sesuatu laman web? Menurut Google, melalui data Google Analytics, masa purata untuk pengguna desktop adalah 6.4 saat untuk membuka sesuatu web.


Untuk pengguna peranti mudah-alih pula, ia mengambil masa purata sehingga 10 saat untuk membukanya. Walaubagaimanapun, untuk kedua-dua, desktop dan juga peranti mudah-alih, kebanyakkan web membukanya dalam masa antara 1 hingga ke 7 saat.
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam memperlihatkan data ini, termasuk kelajuan internet sesuatu lokasi, dan juga betapa besarnya fail untuk sesuatu web. Namun, dari hari ke hari, boleh dikatakan saiz sesuatu laman web itu terus bertambah dari hari ke hari.
Jadi, untuk laman Amanz ini, adakah anda terpaksa menunggu untuk masa yang lama, ataupun memerlukan kami mengoptimasikannya lagi?
News website lambat bukak sebab selalunya kat homepage ada berpuluh2 artikel (+thumbnail). Tapi news website luar laju je, takde la rasa lembab sgt. Kalau bukak berita harian online ke, kena refresh 2 3 kali baru boleh haha. Dah la slow gila
kalau mobile mmg biasanya lambat sedikit
Laman amanz no problem. smooth je.
Kasik optimize lagi amanz ni… Blum klik dah bole bukak…haha
sengal.. haha
tu memang blogger selalu optimize untuk iklan. tak sempat klik dah buka. haha
amanz superb. broadband kena limit pun still steady.
optimize CSS + JS..
Bind dengan CloudFlare..
bleh la kot :p
amanz ok lar…tak rase la smpi beban..huhu
amanz laju je bukak..
tekan terus kluar
teruskan usaha
laman amanz, broadband kena limit 16kbps. tapi still pantas walau dah clear cache.
website ni laju je load.. yg paling slow load benda bar kat bawah tu je.
amanz web yg paling laju aku load even tenet slow giler2