Cari @ Amanz

Dari hari ke hari, dengan pelbagai perkara ditambah ke sesuatu laman web, ia semakin menjadi berat dan mengambil masa yang lama untuk dibuka. Jadi, apakah masa purata untuk membuka sesuatu laman web? Menurut Google, melalui data Google Analytics, masa purata untuk pengguna desktop adalah 6.4 saat untuk membuka sesuatu web.

Untuk pengguna peranti mudah-alih pula, ia mengambil masa purata sehingga 10 saat untuk membukanya. Walaubagaimanapun, untuk kedua-dua, desktop dan juga peranti mudah-alih, kebanyakkan web membukanya dalam masa antara 1 hingga ke 7 saat.

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam memperlihatkan data ini, termasuk kelajuan internet sesuatu lokasi, dan juga betapa besarnya fail untuk sesuatu web. Namun, dari hari ke hari, boleh dikatakan saiz sesuatu laman web itu terus bertambah dari hari ke hari.

Jadi, untuk laman Amanz ini, adakah anda terpaksa menunggu untuk masa yang lama, ataupun memerlukan kami mengoptimasikannya lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd