READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Asus Eee Pad MeMo 171 Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Diterbitkan pada April 22, 2012 oleh

Dengan Asus PadFone yang seperti ditangguhkan pelancaran di Malaysia ke bulan Jun, kini, Asus Malaysia telah pun mula menawarkan Asus Eee Pad Memo 171, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan tablet Android bersaiz 7-inci tersebut daripada pengedar Asus seluruh negara pada harga RM1599.

Melalui katalog bulanan Asus, Eee Pad Memo 171 ini menawarkan sokongan panggilan suara melaluinya, sama seperti telefon bimbit biasa, dan turut didatangkan dengan sokongan stylus untuk memudahkan para pengguna menulis, melukis dan membuat pelbagai perkara lain melaluinya. Ia turut didatangkan dengan aplikasi SuperNote untuk memudahkan anda mengambil nota, termasuk dalam bentuk video, gambar, dan juga audio.

Dan untuk memudahkan para pengguna membuat panggilan, Eee Pad Memo 171 turut didatangkan bersama-sama MeMic Bluetooth headset, membolehkan anda menerima panggilan dan membaca teks dan mendengar lagunya terus daripada peranti tersebut, tanpa memerlukan anda menggunakan skrin bersaiz 7-inci itu untuk bercakap dengan yang lain.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin WXGA bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, ruangan storan terbina sebanyak 16GB, kamera hadapan 1.2-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel. Asus Eee Pad Memo 171 ini dijana menggunakan Android 3.2 Honeycom, dan boleh dikemaskini kepada Ice Cream Sandwich.

Terdapat 13 komen
  1. ni dah buat aku menyesal tahap gaban beli galaxy tab 7 plus bulan lepas.. T.T dah la ics tak dapat2.. T.T.T harga pun dah jatuh, nak jual payah.. T..T

  2. sape yang pakar gadget tolong compare kan produk lain dengan galaxy tab 7.0 plus. nak cari tablet 7 inci je.

  3. Tablet 7inci paling awesome pastilah Playbook. Kalau saya mahu beli tablet 7 inci pada masa depan Playbook pasti jadi pilihan. satu je spoil cuma resolusi skrin.

  4. amanz…baru saya perasan…asus eee pad memo ni mostly kat Malaysia mmg tak disertakan MeMic phone ni ke?bleh tahu tak?sbb ada kwn, nk sangat tablet phone ni…walaupun dah lama kuar…harap bleh tahu kat mana nak cari….

    • Sepatutnya datang sekali dalam pakej dia. Cuba cek dekat pengedar rasmi Asus. Kat ThunderMatch ada rasanya. Lama lak tak cek pasal Eee Pad MeMo nie. :)

Komen

Nama
Web