Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah menawarkan muat-turun untuk Firefox 12 terus daripada pelayan FTP mereka. kini Mozilla telah pun melancarkan pelayar web Firefox terbaru itu secara rasminya, dan bersama-sama dengannya membawakan sokongan untuk kemaskini automatik yang memudahkan pengguna untuk mengemaskini pelayar web Firefox dengan mudah setiap kali versi baru diperkenalkan.

Walaubagaimanapun, Mozilla turut sama mendatangkannya dengan kawalan penuh, dimana anda masih boleh mengawalnya supaya memberikan kebenaran untuk mengemaskini seperti dahulu (sekiranya bimbang ia tidak akan berfungsi dengan versi add-on sedia ada, ataupun menetapkan untuk kemaskini automatik, yang berjalan segalanya secara pada disebalik pelayar web tersebut.

Namun, fungsi UAC (User Account Control) yang baru itu hanya diperkenalkan kepada pengguna Windows sahaja buat masa ini. Dari segi untuk pembangun pula, ia mengemaskini pelbagai fungsi sedia ada, disamping halaman melihat sumber, kini menyertakan angka untuk setiap barisan untuk memudahkan anda mengawal dan mengubah sesuatu perkara.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 12 secara rasmi daripada laman rasmi Mozilla, dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd