Cari @ Amanz

Dunia buku digital nampaknya menjadi salah satu fokus utama pihak TeratoTech pada tahun ini, dimana setelah membangunkan buku digital berformatkan iPad menggunakan platform Aiyo untuk PC.com dan Tabung Haji sebelum ini, hari ni mereka turut sama melancarkan buku pendidikan khas ditujukan kepada kanak-kanak, membolehkan mereka mempelajari abjad pada usia awal menggunakan perkataan berkaitan teknologi.

Setiap abjad, daripada A hingga Z disusun dengan menggunakan perkataan popular dalam dunia teknologi, disamping menyertakan informasi ringkas yang dipetik daripada WikiPedia pada setiap perkataan.

Mereka yang memuat-turun aplikasi ini, turut sama boleh meninggalkan komen pada sesuatu abjad, yang mana dijana menggunakan platform Disqus, disamping berkongsi melalui media sosial, seperti Twitter dan juga Facebook. Pada masa yang sama, anda juga turut boleh membuat pembelian buku bercetak terus daripada aplikasi tersebut, dan juga membeli pakaian seperti tshirt bercetak dengan sesuatu perkataan itu terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi First Words For Geeks ini terus daripada Apple AppStore pada harga $1.99 terus daripada iPad anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd