Cari @ Amanz

Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft, membolehkan Microsoft memfokuskan untuk menjadikan sekuriti pada platform tersebut lebih baik lagi, berbanding Apple, yang kini diperkatakan masih jauh dari segi sekuriti dan keselamatan untuk sistem operasi mereka.

Akhir-akhir ini, ia kelihatan lebih banyak virus dihasilkan untuk para pengguna sistem operasi OS X, yang mana dilihat lebih mudah terdedah kepada pencerobohan trojan dan malware. Salah satu sebabnya adalah kerana sifat sambil lewa pengguna OS X sendiri, yang percayai sistem operasi mereka bebas daripada virus.

Pada masa yang sama, ia juga kelihatan Apple mengambil sedikit masa sebelum memperkenalkan kemaskini sekuriti untuk trojan dan sebagainya. Perkara ini dikendalikan lebih pantas untuk Windows, dimana selain Microsoft sendiri mengeluarkan kemaskini melalui Windows Update dan aplikasi antivirus mereka, MSE, Windows turut disokong oleh ramai pengeluar antivirus seluruh dunia.

Namun, perkara ini mungkin permulaan baru kepada Apple, memandangkan sebelum ini, melalui Windows XP, masalah virus turut menjadi salah satu perbualan hangat dan memberikan efek hebat kepada Microsoft.

Jadi, mungkinkah melalui OS X Mountain Lion ia akan mengatasi perkara ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd