Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Ubuntu 12.04 LTS yang disasarkan pada penghujung minggu ini, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama untuk sistem operasi generasi akan datang mereka, iaitu Ubuntu 12.10. Melalui blog beliau, Mark Shuttleworth mengumumkan Ubuntu 12.10 bakal dikenali sebagai Quantal Quetzal.


Burung Quetzal [Wikipedia][Sumber Gambar]

Melalui Quantal Quetzal, pembangun Ubuntu akan memfokuskan kepada kualiti, dimana antaramuka penuh untuk sistem operasi sumber terbuka popular tersebut akan diberikan nafas baru, termasuk ikon, tema dan juga font padanya. Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal juga diperkatakan akan berwarna-warni, dan bukannya memfokuskan kepada warna perang seperti sebelum ini.

Nampaknya, mungkin kita boleh nantikan pelbagai pembaharuan dibawakan oleh pembangun Ubuntu melalui Quantal Quetzal yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 18 Oktober 2012 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd