Cari @ Amanz

Ubuntu Phone OS telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas. Setelah Canonical memperlihatkan Ubuntu untuk Android, ramai beranggapan itulah sasaran sebenar Canonical. Namun, nampaknya ia bukanlah seperti itu, apabila kini, ia kelihatan Canonical sedang mencari beberapa pekerja baru dalam memfokuskan kepada Ubuntu Phone OS.


Konsep : Ubuntu With Mobile Unity [via]

Ubuntu Phone OS dikatakan akan memfokuskan kepada sistem operasi telefon pintar, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan diperlihatkan, mahupun dilancarkan secara komersial. Buat masa ini, apa yang boleh dikatakan adalah ia masih pada peringkat awal, dan mempunyai pelbagai fasa sebelum dilancarkan sepenuhnya.

Disamping Canonical, beberapa syarikat lain turut bakal memperkenalkan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri, termasuk Mozilla dengan Boot-To-Gecko, dan juga sistem operasi Tizen yang mendapat sokongan Intel dan Samsung. Tidak ketinggalan, HP yang kini telah pun mula mengeluarkan kod sumber webOS dibawah lesen sumber terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd