Cari @ Amanz

Boboiboy merupakan salah satu animasi berkualiti tinggi daripada pembangun tempatan, yang mana kini merupakan salah satu animasi popular di Malaysia, dan bakal memulakan tayangan musim kedua pada 27 Mei kelak, dan pada masa yang sama akan memperluaskan tayangan ke lebih lima buah negara berhampiran dalam masa terdekat ini.

Melalui temuramah yang dilakukan oleh pihak Harian Metro, pengarah Animonsta Boboiboy, iaitu saudara Nizam Razak berkongsi beberapa perkara menarik bersama, dimana salah satunya adalah berkaitan perancangan masa depan mereka.

Salah satu perkara adalah berkaitan dengan filem animasi 3D daripada mereka, yang mana perancangan sudah pun dirangka, dan mereka akan mengumumkan perkara berkaitan dengannya pada penghujung tahun ini. Bercakap mengenai sasaran mereka, filem Boboiboy mungkin ditayangkan pada penghujung tahun 2013 ataupun pada 2014 kelak.

Pada masa yang sama, bercakap mengenai perancangan syarikat animasi, Animonsta, ia dikatakan kini mereka terdapat sebanyak lebih kurang 3 ke 4 idea untuk animasi, selain daripada Boboiboy, namun buat masa ini, mereka memfokuskan kepada animasi Boboiboy terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, perancangan berkaitan dengan permainan video untuk Boboiboy tidak diketahui buat masa ini. Namun, salah satu paparan skrin yang kami tertarik adalah paparan skrin berbentuk animasi 8-bit untuk Boboiboy. Walaupun ianya mungkin sebahagian daripada animasi untuk musim kedua mereka, kami percaya sekiranya permainan tersebut dilancarkan dalam bentuk klasik seperti itu (8-bit) ia mungkin akan mendapat peminatnya tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd