Cari @ Amanz

Dengan dunia tablet yang semakin mendapat perhatian ramai di Malaysia, kini sebuah syarikat tempatan hadir dengan tablet yang diberikan nama 1Malaysia Pad. Tablet Android yang bakal dijual bermula bulan hadapan itu bakal berharga RM999, dan kini dibuka untuk pra-tempahan oleh orang ramai.

Dari segi rekabentuk, tablet 1Malaysia Pad kelihatan sebagai salah satu produk tablet daripada China, yang hanya dijenamakan semula dengan nama 1Malaysia Pad. Ia membawakan skrin sentuh seluas 7-inci, kamera 3.0-megapixel dibahagian belakang, kamera 0.3-megapixel dibahagian hadapan, bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH, ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB dan juga dijana menggunakan sistem operasi Android Gingerbread.

Pada masa yang sama, tablet yang menggunakan penjenamaan 1Malaysia ini juga didatangkan bersama-smaa dengan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai 1Malaysia Messenger (1MM), yang mana menawarkan sokongan permesejan antara pengguna, seumpama Whats App dan lain-lain. Selain itu, tablet ini juga dikatakan akan dilengkapi beberapa aplikasi lain seperti 1Malaysia Club dan juga 1Malaysia Info.

Namun, dengan pasaran tablet yang mana para pengguna lebih gemarkan kepada iPad dan juga beberapa tablet Android lain, seperti daripada Samsung dan yang lain, serta Hyundai yang menawarkan tablet dengan rekabentuk lebih lawa pada harga yang lebih rendah, adakah 1Malaysia Pad ini terus akan menjadi pilihan pengguna?

Gambar daripada TheStar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd