Cari @ Amanz

Lanjutan daripada laporan Nielsen semalam, ia kelihatan Telekom Malaysia, melalui Tweet mereka, berkongsi beberapa data menarik berkaitan dunia perkomputeran dan peranti mudah-alih di Malaysia. Salah satunya, Telekom Malaysia mengatakan yang mana kini terdapat lebih 7 juta telefon pintar di Malaysia.

Namun, pecahan bagi mengikut platform tidak diketahui. Pada suku tahun pertama tahun ini sahaja, pembelian peranti pintar oleh pengguna tempatan telah meningkat sehingga 28% berbanding tahun lepas, salah satu peningkatan yang drastik dalam penggunaan telefon pintar di Malaysia.

Selain daripada telefon pintar yang berjumlah seramai 7 juta orang pengguna, pengguna internet mudah-alih berjumlah seramai 7.7 juta pengguna di Malaysia.

Angka ini semestinya akan berubah dalam bulan-bulan akan datang, dengan peranti Android dan juga Windows Phone pada harga mampu milik mula dikeluarkan Samsung, Nokia dan sebagainya.

Dan mungkin oleh kerana tidak ketinggalan dalam industri mudah-alih ini, Telekom Malaysia turut hadir dengan beberapa aplikasi mudah-alih mereka untuk pelbagai platform, dan diantaranya adalah aplikasi TM Dialer, dan juga TM Go.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd