Cari @ Amanz

Dengan dunia penerbitan digital yang semakin popular, nampaknya Utusan Malaysia tidak ingin ketinggalan sama, dimana mereka telah pun mula menawarkan aplikasi iPad sejak beberapa minggu yang lepas, membolehkan para pengguna mengikuti akhbar tersebut dalam bentuk digital terus melalui iPad.

Namun, ianya tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk iPad, sebaliknya, hanyalah versi bercetak mereka yang ditukar kepada versi digital, tanpa sebarang perubahan lain. Perkara ini mungkin sedikit menyukarkan pengguna iPad, dan memerlukan mereka zoom dan sebagainya, berbeza dengan tawaran yang diberikan pengeluar akhbar yang lain.

Pada masa yang sama, berbeza dengan Harian Metro dan Berita Harian yang menawarkan akhbar digital melalui iPad secara percuma, Utusan Malaysia pula mengenakan caj sebanyak $0.99 untuk langanan selama 7 hari. Memandangkan ianya mengunakan sokongan pembelian didalam aplikasi, maka setiap caj akan terus dikenakan pada akaun iTunes anda, dan bagi yang tidak inginkan auto-renewal boleh mematikan fungsi tersebut pada tetapan iTunes, dan mengelakkan sebarang caj dikenakan walaupun tidak inginkan perkhidmatan tersebut.

Jadi, sekiranya anda berminat dengan akhbar Utusan Malaysia, mungkin boleh memuat-turun terus daripada AppStore hari ini, dan membacanya terus pada iPad anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd