Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan sokongan untuk mematikan akses beberapa aplikasi Android melalui Custom ROM dan sebagainya, dan salah satu aplikasi yang kami nampak menarik adalah LGE Privacy Guard.

Seperti apa yang dinamakan, ianya mengawal keselamatan dan sekuriti pada Android, dimana mematikan akses aplikasi pihak ketiga untuk mengakses beberapa perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, kadangkala beberapa aplikasi meminta akses ke buku alamat, SMS dan sebagainya, walaupun ianya sebenarnya tidak diperlukan untuk menjalankan aplikasi tersebut.

Ia didatangkan dengan dua pilihan, iaitu memilih tetapan, membolehkan anda mengawal apakah yang boleh diakses melalui sesuatu aplikasi itu, manakala sebahagian lagi adalah Internet Firewall.

Menariknya mengenai Internet Firewall adalah ia membolehkan anda mengawal penggunaan data dan akses sesuatu aplikasi terhadap internet. Menariknya mengenai perkara ini adalah memandangkan beberapa aplikasi didatangkan dengan sokongan iklan, melalui perkara ini, anda secara tidak langsung boleh mematikan iklan padanya, dan pada masa yang sama mengawal penggunaan data pelan internet anda.

Bagi para pengguna Android yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi LGE Privacy Guard ini. Namun, untuk beroperasi sepenuhnya, ia memerlukan akses root pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd