Cari @ Amanz

Baru-baru ini, beberapa emel berbentuk phishing dan juga scam menggunakan nama Telekom Malaysia mula tersebar, dan meminta para pengguna untuk memasukkan beberapa informasi dan data peribadi, termasuk nama penuh, emel, nama pengguna dan juga kata laluan.

Telekom Malaysia, melalui notis yang dikeluarkan mengatakan emel tersebut yang menggunakan tajuk “Verify Your TM Account” itu bukannya daripada mereka, dan meminta para pengguna berhati-hati supaya tidak tertipu dengan emel berbentuk scam dan phishing ini.

Telekom Malaysia turut mengatakan sekiranya anda telah memberikan sebarang respon terhadap emel tersebut, boleh mengubah kata laluan mereka serta-merta supaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Akhir-akhir ini, boleh dikatakan pelbagai emel berbentuk scam dan phishing yang dihantar kepada pengguna tempatan. Sebelum ini, kebanyakkannya menggunakan nama bank tempatan, dan kini nampaknya, ia turut mula menggunakan nama penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd