READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Selepas hanya beberapa minggu BlackBerry Curve 9320 dan juga BlackBerry Curve 9220 diperkenalkan, hari ini, ia telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia, sekaligus membawakan kedua-dua peranti terbaru daripada Research In Motion ini ke pasaran Malaysia.

Kedua-dua model ini merupakan daripada keluarga peranti BlackBerry mampu milik, iaitu Curve, dan turut sama dioptimasikan untuk jangka masa bateri yang lama. Menariknya, ia turut membawakan butang BBM khas, untuk memudahkan anda melihat dan berhubung dengan rakan-rakan lain melalui BBM dengan pantas, selain turut menyertakan sokongan radio FM terbina, untuk membolehkan anda mendengar radio tempatan dengan mudah melaluinya.

Kedua-dua peranti yang dijana menggunakan BlackBerry OS 7.1 padanya, dan membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

BlackBerry Curve 9220 dijangka akan mula dijual di Malaysia pada 4 Jun 2012 ini. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkannya lebih awal, boleh melakukannya melalui Tune Talk yang mensasarkan tarikh 25 Mei untuk memulakan promosi pra-tempahan. BlackBerry Curve 9220 dijangka akan berharga sekitar RM600 di Malaysia.

BlackBerry Curve 9320 pula masih tidak diketahui bilakah akan mula dijual di Malaysia buat masa ini.

Terdapat 23 komen
Komen Popular
  1. lain jari, lain citarasa la. igt semua org kt muka bumi ni nak sgt ke pakai touch sahaja??

Keseluruhan Komen
  1. apa yg bestnya blackberry ni kalau nak banding dgn iphone dan android phone? dah la masih pakai keypad, serius sangat the kuno. itupun ada lagi orang pakai

  2. lain jari, lain citarasa la. igt semua org kt muka bumi ni nak sgt ke pakai touch sahaja??

  3. pass this wait for BB X. tapi bila generasi baru biribiri 10 nanti takde dah fizikal keyboard kan? saya akan beli BB X kalau ia lebih bagus dr iOS. Yang pasti BB X jauh lebih bagus dari droidfags le.

  4. Bateri lagi tahan lama utk 9320 & 9220? Ini sudah bagus. Setakat ni Curve 9360 bateri tak berapa mantap ketahanan nya. Jika 9320 & 9220 menggunakan OS7.1 mempengaruh prestasi bateri, saya harap RIM akan release OS7.1 rasmi utk peranti-peranti OS7.0 yang sedia ada.

  5. harap bateri dia lebih dari JM-1, nanti boleh sebat bateri dia. kerana capacity dia besar dari yg sekarang ni

  6. Pakai touchscreen selalu typo andthen x laju. Susah la touch screen. Leceh. Masing2 ade selera masing. Pemikiran tu je jgn ‘kuno’ sgt. he3

  7. Dah survey BB 9320 kat kedai. Berkenan sgt la…. kawan2 rasa bagus tak saya beli ni? By the way ttg isu touch atau x tu, masing2 ada kelebihan. Sy pun tgh pakai hp yg fully touch screen tp still crazzy ngan BB yg berkeypad :)

  8. kuno ke ape ke…ada ke orang nak beli usik duit kau….kot suka orang la nak beli…..sikit pun tak sentuh duit ko…molo punye olang….

  9. pak hang kuno. takat touch sampai kejang jari blagak nak tayang punya pasal nak pakai buat apa. belagak lebih. tuih!! matang la sikit

Komen

Nama
Web