Cari @ Amanz

Selepas hanya beberapa minggu BlackBerry Curve 9320 dan juga BlackBerry Curve 9220 diperkenalkan, hari ini, ia telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia, sekaligus membawakan kedua-dua peranti terbaru daripada Research In Motion ini ke pasaran Malaysia.

Kedua-dua model ini merupakan daripada keluarga peranti BlackBerry mampu milik, iaitu Curve, dan turut sama dioptimasikan untuk jangka masa bateri yang lama. Menariknya, ia turut membawakan butang BBM khas, untuk memudahkan anda melihat dan berhubung dengan rakan-rakan lain melalui BBM dengan pantas, selain turut menyertakan sokongan radio FM terbina, untuk membolehkan anda mendengar radio tempatan dengan mudah melaluinya.

Kedua-dua peranti yang dijana menggunakan BlackBerry OS 7.1 padanya, dan membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

BlackBerry Curve 9220 dijangka akan mula dijual di Malaysia pada 4 Jun 2012 ini. Namun, bagi mereka yang ingin mendapatkannya lebih awal, boleh melakukannya melalui Tune Talk yang mensasarkan tarikh 25 Mei untuk memulakan promosi pra-tempahan. BlackBerry Curve 9220 dijangka akan berharga sekitar RM600 di Malaysia.

BlackBerry Curve 9320 pula masih tidak diketahui bilakah akan mula dijual di Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd