Cari @ Amanz

Nampaknya bukan hanya menawarkan berita yang dibaca oleh rakan-rakan, kini Facebook turut sama menambah fungsi baru dinamakan Trending Videos, sekaligus membolehkan para pengguna untuk melihat video-video yang popular dan di tonton ramai oleh rakan-rakan anda.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat fungsi baru ini pada News Feed mereka, dan mungkin akan diperkenalkan secara meluas tidak lama lagi. Seperti pada Trending Articles, sokongan Trending Videos ini juga turut menggunakan sokongan Open Graph untuk memaparkan video-video yang ditonton oleh rakan-rakan anda.

Perkara ini sekaligus memudahkan anda untuk menemui kandungan yang menjadi perbualan hangat di Facebook, dan bukan hanya kemaskini status semata-mata.

Mungkin dengan pengenalan Trending Videos, kita akan dapat melihat beberapa fungsi lain turut didatangkan sekali padanya, termasuk muzik dan lain-lain. Beberapa hari sebelum juga, Facebook turut memperkenalakan sokongan untuk memainkan permainan mini terus pada News Feed tanpa perlu menambahnya sebagai aplikasi khas pada profil anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd