Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah berkenaan dengan harga peranti Samsung Galaxy S3. Kini ia disahkan yang mana Samsung Galaxy S3 bakal berharga RM2199 di Malaysia, dan melalui pakej khas DiGi, ia bakal ditawarkan pada harga serendah RM999 untuk para penggunanya.

DiGi hari ini telah mengemaskini laman jualan mereka, sekaligus menawarkan peranti yang dinantikan ramai, Samsung Galaxy S3 untuk dipra-tempah oleh para pengguna.

Untuk Samsung Galaxy S3, DiGi menawarkan dua pelan, iaitu DG Smart Plan 68 dan juga DG Smart Plan 88. Kedua-duanya ditawarkan dalam bentuk jangka-masa 24 bulan, membolehkan para pengguna mendapatkan peranti tersebut dalam pilihan harga RM1149 ataupun RM999 melalui pilihan yang disediakan.

Berkemungkinan besar, kita juga mungkin akan dapat melihat Celcom dan juga Maxis menawarkan pakej dan pelan mereka dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd