Cari @ Amanz

Akhirnya, lebih pantas daripada apa yang disasarkan, Galaxy S3 bakal dipertontonkan secara rasminya di Malaysia pada 24 Mei ini. Perkara ini sekaligus memperlihatkan perhatian yang diberikan oleh Samsung kepada pasaran Malaysia, dengan menjadikan Malaysia antara negara terawal menerima peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, tarikh jualannya berkemungkinan hanya akan dimulakan dengan jualan dinegara-negara lain, bermula daripada 29 Mei. Info berkaitan dengan tarikh jualan masih tidak diketahui lagi.

Sebelum ini, pada awal bulan ini, Samsung telah pun melancarkan Galaxy S3 secara umum, membawakan cip pemprosesan empat-teras, bersama-sama dengan kamera dan fungsi-fungsi tambahan padanya, termasuk sokongan S-Voice dan lain-lain.

Kami akan cuba membawakan kemaskini langsung daripada acara ini pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd