READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Lanjutan daripada pelancaran Xperia S pada bulan Mac yang lepas, kini Sony Mobile Malaysia dalam perancangan untuk memperkenalkan tiga lagi peranti baru keluarga Xperia, iaitu Xperia P, Xperia U dan juga Xperia Sola.

Xperia P, yang membawakan skrin seluas 4-inci dengan sokongan paparan Sony WhiteMagic, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman HD, sokongan HDMI terbina bersama-sama dengan NFC bakal dijual pada harga RM1499. Pada harga tersebut juga, Xperia P akan didatangkan bersama-sama beberapa aksesori tambahan, termasuk pengecas dalam kereta, Smart Headset dan juga Xperia SmartTags.

Untuk Xperia U pula, ia membawakan skrin seluas 3.5-inci dengan Mobile Bravia Engine, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 5-megapixel dan juga sokongan xLoud untuk audio. Ia turut sama akan didatangkan dengan sokongan pengecas kereta padanya, dan dijual pada harga RM899.

Xperia Sola pula akan dijual di pasaran tempatan bermula daripada 15 Mei ini, membawakan skrin seluas 3.7-inci dengan Mobile Bravia Engine, dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, audio xLoud, dan juga sokongan NFC padanya. Ia akan dijual pada harga RM999 pada pelancarannya kelak, dan didatangkan bersama-sama dengan beberapa aksesori tambahan, termasuk pengecas kereta dan juga Xperia SmartTags.

Kesemua ketiga-tiga peranti ini akan didatangkan bersama-sama dengan Android Gingerbread, dan bakal diperkenalkan kemaskini Ice Cream Sandwich pada suku tahun kedua 2012 ini, iaitu antara bulan ini ataupun bulan hadapan.

Terdapat 34 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
    • Xperia U ada tarikan yg tersendiri. mcm transparent belt tu akan tukar warna mengikut warna dominan skrin. Xperia Sola takde function ni. pastu, bhgn bawah Xperia U tu boleh tukar2 warna cover dia. in short, Xperia U ni target remaja la. lebih kurang mcm Samsung Galaxy Y, tp advanced sikit drpd tu.

  1. mahalnya xperia p :(

    tapi xperia u better than sola sebab ada front camera :)

  2. sejak ericsson takde.. makin mahal pulak hp sony… model ganti xperia mini yg mane?

    • ada hp hrga naik ke lps 3bln?aku nk beli buat plaburan.

  3. Tengok balik Spec XPERIA U, rugi ya amat kalau beli sebab internal 4GB dan takde kad slot untuk memori tambahan…

  4. Kenapa flagship phone made out of plastic and mid-range pulak from aluminium? Confuse dah kalau nak beli yang mana satu.. LOL!

    • belilah xperia s.ternyata anda akan puas hati.hahahah

      • ade masalah tak xperia s nih…aq pikir2 nak beli gak tapi ade orang cakap screen die ta
        k leh panas…nanti timbol bintik kuning…betol ker?

  5. guna novathor, sebab tu harga murah skit kut.. gpu mali single core, sama cam dalam tab7plus(?).. ok ke chipset/cpu ni?

  6. xperia u= rm899
    xperia sola= rm999

    aq bli xperia neo v rm850,mnyesal thap!!!

  7. i tye harge markt skrg RM950 untuk xperia u..awaitnya ea??

  8. kenapa xperia p lebih mahal drpd experia s? bukan ke experia s ada lebih banyak kelebihan berbanding experia p..?

  9. Sekarang ckap bnyak tak mau ! harga Xperia P skrg dah RM 950.00 ke bawah .. :)dan sy bkal memilikinya :D

  10. Kapasitas battery nya di tambah dong .. Biar browsing nya agak lama an dikit.. Makasih sony

  11. Aku dpt xperia p rm855 je. Wt mase ni, puas hati. Dr segi screen smooth, galaxy s advance lg smoth. ni utk range rm 850 ke 900

    • bile beli n di mana?tgh consider either xperia p / s advance.pendapat?

Komen

Nama
Web