READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ulasan Dan Pandang Pertama HTC One V

Diterbitkan pada Mei 17, 2012 oleh

Pada tahun ini, HTC telah memperkenalkan keluarga baru peranti Android daripada mereka, dikenali sebagai HTC One. Dan melaluinya, beberapa peranti telah diperkenalkan, termasuk HTC One X dan juga HTC One V. Walaupun kami masih belum berpeluang mencuba HTC One X sehingga kini, ia tidak menghentikan kami daripada menguji beberapa fungsi baru yang disertakan oleh HTC melalui HTC One V.

Rekabentuk

Bagi para peminat dan pengguna tegar HTC, salah satu perkara yang anda akan perasan apabila melihat akan rekabentuk HTC One V adalah beberapa ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti yang terdapat pada HTC Legend sebelum ini.

Namun begitu, melalui HTC One V, ia tidak membawakan butang menu dan kawalan fizikal pada bahagian hadapan. Tiada butang khas untuk kamera didatangkan pada peranti ini. Dari segi butang kawalan fizikal, apa yang disertakan cumalah butang untuk Power dan juga Volume

Pada masa yang sama, ia membawakan badan yang tidak boleh ditanggalkan bateri padanya, sama seperti beberapa peranti lain yang terdapat dipasaran pada hari ini.

Spesifikasi

Dari segi spesfikasi, HTC One V membawakan skrin seluas 3.7-inci dengan resolusi 800×480, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, sokongan mikro-USB, cip pemprosesan 1GHz, bateri 1500mAh, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich serta antaramuka HTC Sense.

Kamera

Melalui kemaskini keluarga HTC One yang dibawakan oleh pihak HTC, mereka telah memberikan perhatian yang lebih mendalam pada kamera mereka. Dengan populariti menambah efek pada gambar mahupun video, kini melalui HTC One V, ia menyertakan secara terus sokongan terbina untuk menambah efek, menjadikan anda tidak lagi memerlukan sebarang aplikasi tambahan untuk melakukannya.

Kami juga mengemarkan sokongan untuk merakamkan gambar secara berterusan, amat berguna sekiranya anda ingin merakamkan sesuatu perisitiwa, dan tidak ingin tersalah rakam. Anda hanya perlu menekan butang merakamkan gambar, dan ia akan merakamkan beberapa gambar secara berterusan padanya.

Bagi mereka yang gemar berkongsi pelbagai gambar serta merta bersama rakan anda, anda boleh mengaktifkan sokongan Auto Upload yang didatangkan pada HTC One V, dengan pilihan untuk memuat-naik terus ke Facebook mahupun Flickr.

Sokongan rakaman video juga turut disertakan dengan sebuah butang untuk merakamkan gambar. Ini membolehkan anda merakamkan video dan pada masa yang sama mengambil gambar untuk dikongsikan bersama yang lain.

Sokongan Aplikasi Tambahan – Dropbox, SoundHound

Melalui HTC One V, dalam usaha untuk menawarkan pelbagai sokongan tambahan, pihak HTC telah bekerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak, dalam membawakan fungsi tambahan padanya.

Pada permulaan peranti tersebut, anda akan diberikan akses dan ruangan storan tambahan percuma sebanyak 25GB padanya melalui Dropbox. Sokongan Dropbox juga diintegrasikan dengan mendalam, membolehkan anda berkongsi fail dan pelbagai perkara terus ke Dropbox dengan serta-merta.

Selain daripada Dropbox, untuk muzik, ia membawakan tambahan aplikasi 7Digital dan juga SoundHound. SoundHound membolehkan anda mengetahui sesuatu nama lagu yang dimainkan dengan hanya menjalankan aplikasi berkenaan, dan mendengarkan lagu pada masa yang sama. SoundHound turut sama diintegrasikan pada pemain media yang terdapat pada HTC One V.

Dan dalam memudahkan anda menemui pelbagai aplikasi tambahan dengan mudah, HTC One V turut sama menyertakan HTC Hub yang menawarkan pelbagai perkara, lebih kurang sama seperti Google Play Store, yang turut terdapat padanya.

Buku Alamat Dan SMS

Berbeza dengan Sense yang saya gunakan (pada HTC Desire), buku alamat telah diubah rekabentuknya, menjadikannya lebih interaktif, dan disertakan dengan pautan kepada Google+ dan beberapa produk Google yang lain terus padanya. Memandangkan saya tidak mengujinya dengan log masuk ke akaun Facebook, berkemungkinan ia juga turut mungkin menyertakan sokongan Facebook pada buku alamatnya.

Dari segi SMS pula, ia membawakan sokongan seperti biasa, namun saya tertarik dengan sokongan BackUp SMS yang didatangkan bersama-sama dengannya. Ia tidak pasti sejak HTC Sense versi ke berapa sokongan tersebut didatangkan, namun semestinya ia merupakan salah satu sokongan yang amat menarik, sekaligus memudahkan membuat salinan pendua SMS tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.

HTC Car

Penggunaan peranti mudah-alih didalam kereta merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan untuk memudahkan pengguna untuk menggunakannya ketika memandu, kini HTC menyertakan menu khas dipanggil sebagai Car.

Melaluinya, sebaik sahaja diaktifkan, ia akan hanya memaparkan beberapa menu sahaja, iaitu sokongan untuk membuat panggilan, melihat lokasi, mendengar muzik mahupun radio. Bluetooth juga diaktifkan secara automatik apabila membuat pilihan ini.

Sokongan Peta Dan Navigasi

Memandangkan Google tidak menyokong Navigation di Malaysia lagi, HTC mengambil langkah untuk bekerjasama bersama-sama dengan pihak Route 666 dalam membawakan sokongan navigasi dan pemetaan untuk pengguna tempatan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh di akses apabila pengguna mengaktifkan HTC Car sahaja.

Namun, salah satu perkara yang saya kurang pasti adalah berkenaan dengan lesen untuk aplikasi ini. Adakah ianya hanya disokong selama 30 hari sejak daripada pengaktifan, ataupun bagaimana, memandangkan ia turut sama membolehkan kita memuat-turun data peta untuk digunakan secara luar-talian.

Lain-Lain

Selain daripada itu, pelbagai perkara lain yang terdapat pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich dibawakan pada HTC One V ini, termasuk sokongan untuk melihat aplikasi yang sedang dijalankan, dan mematikannya dengan hanya swipe, sokongan widget dan pelbagai perkara lain lagi.

Bagi anda yang ingin memiliki peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan pelbagai ciri-ciri menarik, serta gemarkan antaramuka HTC Sense, mungkin HTC One V merupakan salah satu pilihan pada harga yang mampu milik. Di Malaysia, HTC One V dijual pada harga RM999.

Terdapat 28 komen
  1. Detail sungguh!

    Secara peribadi, aku suke juga HTC One V ni. Cuma agak keliru bila makin kurang butang physical.

    Part maps tu aku tak paham lesen dia, tp bukan pakai sangat pon.

  2. Taniah Sebab masuk chrome web store…. Dasyat juga web ni leh masuk chrome store.. Penjelasan isi tajuk.. memang kaw2 detail punya.. terbaik.. teruskn usaha lagi admin….

  3. Pergh, sape beli handset baru ni? Aman dah jumpa ‘pengganti’ untuk htc desire dia ke?

  4. pasal lesen maps tu, biasenye htc akan bagi satu leaflet khas dalam kotak henset tu (kalo one v ni dpt free laa)… leaflet tu ade serial number kat bahagian bawah… mcm sensation xe, lesen utk map dapat free…

  5. Akhirnya aku nampak pun kat mana nak masuk simcard.. hari tu tak puas nak belek2…Caya lah aman…

  6. eh bukan one v dah lama keluar.somebody explain please??

  7. hp htc dengan design paling lol. baik beli one x atau one s lagi ok.

  8. 1 Question : Ada apa dengan Beats Audio? Soalan serius.

  9. setakat ni masih berpuas hati ngan HTC HD7.. belum cadang nk sambar one series.btw one series dh start pkai dual core ngan Nvidia Tegra.konpom mantap.eh tv out pun ader?

  10. saya dah beli htc one x. masalahnya aktiviti facebook dalam HTC saya ni tak berfungsi dengan baik. tak dapat nak tgk kat wall sendiri, komen dan like pun bermasalah.

Komen

Nama
Web