Cari @ Amanz

Bagi para pengguna iOS, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah jailbreak untuk iOS 5.1.1. Hari ini, secara rasminya, Chronic Dev Team telah pun melancarkan Absinthe 2.0 yang mana menawarkan sokongan jailbreak tanpa tambatan untuk iOS 5.1.1.

Sokongan jailbreak tanpa tambatan untuk iOS 5.1.1 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai sejak kemaskini tersebut diperkenalkan untuk iOS. Kebanyakkan pengguna iOS memilih untuk jailbreak supaya dapat mengubah peranti mereka, terutamanya iPhone dan juga iPad dalam menambah beberapa perkara tambahan, dan menjadikannya lebih menarik lagi.

Pada masa yang sama, ia juga membolehkan para pengguna menggunakan beberapa aplikasi yang tidak disokong oleh AppStore dengan mudah melaluinya.

Bagi para pengguna iOS yang ingin jailbreak peranti mereka, boleh memuat-turun Absinthe 2.0 hari ini.

Tips awal daripada ianMarcello.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd