READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Lumia 610 Tidak Menyokong Pelbagai Aplikasi Popular?

Diterbitkan pada Mei 28, 2012 oleh

Nokia Lumia 610 merupakan peranti dengan spesifikasi rendah yang dijana menggunakan Windows Phone. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan untuknya adalah dimana kini kelihatan, sokongan aplikasi untuknya adalah amat rendah berbanding peranti lain, disebabkan oleh RAM terbina yang hanya sekitar 256MB.

Seperti umum sedia maklum, sokongan aplikasi untuk platform Windows Phone masih lagi dalam proses perkembangan awal, sekaligus menjadikan bilangannya amat rendah buat masa ini berbanding platform lain. Dan dengan Nokia Lumia 610 yang disasarkan untuk pasaran yang sedang membangunkan, dan dipasarkan sebagai peranti mampu milik semua.

Sebelum ini, Microsoft hanya mengatakan yang mana sekitar 5% aplikasi sahaja tidak disokong pada Lumia 610, namun, melalui ujian yang dilakukan oleh ramai pengguna, pelbagai aplikasi popular seperti Skype, Angry Birds, Tango, malah aplikasi rasmi Google turut tidak disokong padanya.

Dan semestinya dengan hari demi hari dengan peranti yang lebih berkuasa dikeluarkan, sokongan untuk peranti menggunakan 256MB dan Windows Phone mungkin akan kurang daripada para pembangun aplikasi dan sebagainya.

Jadi, persoalannya, adakah Windows Phone masih relevan pada peranti dengan spesifikasi rendah, walaupun ianya beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah?

Terdapat 19 komen
  1. Hi,
    Hanya nak bagi pendapat, aku developer aplikasi windows phone. Dari pengalaman aku develop aplikasi untuk sokongan memori 256mb memang susah sebab hanya diberi ruangan memori sebanyak 90mb sahaja untuk aplikasi tersebut.

    Kalo ada developer kat sini cuba bayangkan apa korang bole buat dengan 90mb tu? Kita bercakap tentang microsoft, memory leak is everywhere..

    512mb is better.

    Post comment via lumia 800

  2. Nokia sedang menuju zaman kejatuhan. Kalau angry bird pn x boleh nak main campak balik finland la hanpon ni. Sejak kawin dgn microsoft nokia ni dh macam jadikan pngguna sebagai anak tiri.

    • kalau ada dual core masih lagging pon campak balik la handset android 2h.

      kalau ada angry bird main sekat2 campak balik la handset 2h.

      setakat ada handset canggih main angry bird sbg benchmark apa kelas. budak2.

  3. Rilek laaaa lumia .nk bt camne…..almost all people have angry bird game in their hp.no wonder it become a benchmark.ade btol gak kalo men angry bird dh tersekat2 baek campak longkang sb tensen xleh campak bird hehehe

  4. kenapa release Lumia 610 kalau byak apps tak support ? adoi.. facepalm .

  5. firmware wndows phone nie msih bru lg di mlaysia, mgkn disebabkn 2 byk apps yg popular xdpt support lg.. dye xmcm s60 sblum2 nie dh like symbian^3, anna & belle.. so that why it could be like this

Komen

Nama
Web