READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sepertimana yang diumumkan Nokia sebelum ini, kini peranti Windows Phone daripada keluarga Lumia dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding sebelumnya, iaitu Lumia 610 sudah pun mula dijual di pengedar rasmi Nokia seluruh negara, dan boleh dimiliki pada harga RM699.

Nokia Lumia 610 dikategorikan sebagai peranti mampu milik oleh semua, membawakan pelbagai sokongan padanya, termasuk Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Transport dan lain-lain. Ia menyertakan cip pemprosesan 800MHz, memori 256MB RAM, dan juga kamera 5-megapixel. Namun, untuk makluman, ia tidak dapat menjalankan beberapa aplikasi yang memerlukan memori tinggi seperti peranti Windows Phone yang lain.

Daripada maklumbalas awal yang diterima, ia dikatakan peranti ini mempunyai masa respon yang agak lambat, berkemungkinan kerana spesifikasinya yang rendah. Kami masih belum berpeluang mencubanya sendiri. Bagi anda yang ingin memiliki peranti Windows Phone, mungkin ini merupakan salah satu pilihan. Namun, ada baiknya sekiranya anda memilih Nokia Lumia 800 jika ingin melabur pada Windows Phone.

Terdapat 52 komen
Komen Popular
  1. Itulah problem kalau baca je specs list tapi tak memahami.

    Cip 1GHz pada Nokia 500 adalah berasaskan ARM11 yang datang dari generasi ARMv6.
    Cip 800MHz pada Lumia 610 adalah berasaskan siri Cortex dari generasi ARMv7.

    Nak tau perbezaan keupayaan antara v6 dan v7? Secara konservatifnya, 1.1+ DMIPS vs 1.5+ DMIPS per megahertz, dan tu belum kira instructions tambahan lain dalam processor yang baru. Dan tu belum kira graphics core lagi di dalam pakej SoC tu.

    Kene faham jurang generasi antara processor. Kalau la satu dunia berkongsi sentimen dengan anda, orang akan stuck dengan Pentium4 2GHz berbanding Core i7 2GHz. Lagi murah gitu.

  2. Macam ada yang komen kat atas, yang lebih kurang setanding dengan Lumia 610 adalah Galaxy Ace Plus, specs-wise.

    Jadi kalau comparison by specs, Galaxy Ace kalah. Dan tu belum kira yang WP7 agak lightweight.

Keseluruhan Komen
  1. Kalau prestasi mcm symbian kirim salam je lah nokia oii….silap² symbian lebih bagus dgn spec ciput yg mcm ni.

    • Itulah problem kalau baca je specs list tapi tak memahami.

      Cip 1GHz pada Nokia 500 adalah berasaskan ARM11 yang datang dari generasi ARMv6.
      Cip 800MHz pada Lumia 610 adalah berasaskan siri Cortex dari generasi ARMv7.

      Nak tau perbezaan keupayaan antara v6 dan v7? Secara konservatifnya, 1.1+ DMIPS vs 1.5+ DMIPS per megahertz, dan tu belum kira instructions tambahan lain dalam processor yang baru. Dan tu belum kira graphics core lagi di dalam pakej SoC tu.

      Kene faham jurang generasi antara processor. Kalau la satu dunia berkongsi sentimen dengan anda, orang akan stuck dengan Pentium4 2GHz berbanding Core i7 2GHz. Lagi murah gitu.

  2. Wow, pantas untuk harga yang murah.
    Better than android untuk reliability.
    Walaupun low performance tapi Windows phone react real fast and fluid. Nowadays, people are looking or that fluid in smartphone. If Nokia is making it legacy again, this phone meet the requirements… All they need to do is help Microsoft on developing more WP phone with better feature and spec. Sekarang ni pun Microsoft tengah giat mengenengahkan WP ni. I’m an Android user I would say WP is the future if Android is still the same system.

  3. kalau la nokia ini keluar 18 bulan yang lalu saya rasa Nokia masih menjadi henpon saya. tapi apakan daya Nokia 5530 itu sungguh hampeh baterinye menyebabkan BB9700 menjadi pilihan. rasanya kalau next time nak tukar henpon hanya nokia dan ifag5s akan menjadi pilihan saya.

  4. saya guna HTC 7 Mozart. firrst generation punya windows phone, tp dapat update Mango… harga beli RM 799… processor 1GHz, RAM : 576MB, storage 8GB

  5. ” ia dikatakan peranti ini mempunyai masa respon yang agak lambat”

    saya sering rasa tak selesa dengan ayat saudara. Seringkali saudara mengunakan perkataan yang merepek seperti ‘respon’.

    >> tindakbalas peranti ini lembab

  6. antara lumia 610 dengan galaxy ace mana ag bagus ? pandangan masing2 , n mempunyai sebab yg kukuh .

    • Macam ada yang komen kat atas, yang lebih kurang setanding dengan Lumia 610 adalah Galaxy Ace Plus, specs-wise.

      Jadi kalau comparison by specs, Galaxy Ace kalah. Dan tu belum kira yang WP7 agak lightweight.

    • Harga pun lain.

      Baik compare je dengan iPhone 4S ke, Lumia 900 ke, Galaxy S3 ke.

  7. tak kira model ape n brand ape yg terbaru dipasaran..iphone 4s lah yg terbaik skali…internet laju..skrin lembut..camera jelas…design cntik…mmg berbaloi dgn hrganya.

Komen

Nama
Web