Cari @ Amanz

HTC One X merupakan peranti berkuasa tinggi daripada HTC, yang mana membawakan rekabentuk menarik, disamping didatangkan bersama-sama dengan antaramuka HTC Sense 4.0 padanya. Secara rambangnya, HTC One X membawakan pelbagai fungsi, dimana kebanyakkannya menyerupai apa yang terdapat pada HTC One V.

Spesifikasi

Memandangkan HTC One X merupakan peranti utama Android daripada keluarga HTC One, maka ia membawakan spesifikasi yang amat tinggi, berbanding peranti lain keluaran syarikat daripada Taiwan itu.

  • Skrin seluas 4.7-inci Super IPS LCD2 dengan ketumpatan pixel sehingga 312PPI dan resolusi skrin 720×1280 pixel.
  • Sokongan BlueTooth 4.0.
  • Kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 1.3-megapixel.
  • Cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 empat-teras 1.5GHz, bersama-sama dengan GPU ULP GeForce.
  • Bateri 1800mAh
  • Audio Beats
  • Menggunakan kad-SIM jenis mikro

Rekabentuk

Salah satu perkara yang amat dipuji oleh para pengguna adalah dari segi rekabentuk peranti tersebut. Dari percubaan ringkas kami sendiri, HTC One X kelihatan amat sedap untuk dipegang dan dikendalikan berbanding peranti lain. Beratnya juga amat bersesuaian dengan saiz peranti tersebut, berbeza dengan beberapa peranti lain yang kelihatan amat ringan, dan tidak selesa apabila dipegang, dan sebagainya.

Fungsi Tambahan

HTC One X tidak membawakan perbezaan yang jauh berbanding dengan HTC One V. Ia turut didatangkan dengan sokongan mod ketika memandu, dan juga peta pemanduan dan GPS terbina padanya. Selain daripada itu, beberapa aplikasi tambahan termasuk seperti Dropbox untuk storan atas-talian dengan ruangan tambahan sehingga 25GB, aplikasi 7digital untuk memudahkan anda membeli muzik, HTC Hub untuk memberikan cadangan aplikasi menarik, dan pelbagai aplikasi tambahan lagi.

Namun, ia turut membawakan beberapa perbezaan berbanding dengan HTC One V. Sebagai contoh, salah satunya adalah dimana ia membawakan sokongan kawalan multi-tasking yang agak berbeza dengan HTC One V, diperlihatkan dalam cara berbeza.

Kamera HTC One X turut didatangkan dengan sokongan untuk merakamkan gambar dalam bentuk HDR, membolehkan anda merakamkan pelbagai detik dalam kualiti gambar yang amat baik sekali.

Harga Jualan

Di Malaysia, HTC One X telah pun mula dijual sejak daripada awal April yang lepas, dimana ia ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk UMobile, DiGi dan juga yang lain-lain.

Bagi anda yang tidak ingin mendapatkannya pada harga komitmen bulanan daripada syarikat telekomunikasi, boleh mendapatkannya pada harga penuh sekitar RM2099 di pengedar rasmi HTC seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd