Cari @ Amanz

Rakuten mempunyai salah satu syarikat dari Jepun yang terkemuka di dunia, menawarkan jual-beli terus melalui atas-talian. Dan setelah memperkenalkan perkhidmatan mereka di Indonesia dan juga Thailand, kini Rakuten Malaysia turut sama bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui halaman Rakuten.com.my, ia kini telah pun memaparkan mesej bakal dilancarkan tidak lama lagi, dimana melaluinya, mereka bakal menawarkan beberapa perkara, termasuk elektronik, gajet, beg, kasut, aksesori dan sebagainya.

Sebelum ini, Rakuten memperluaskan perkhidmatan mereka di beberapa buah negara melalui pembelian dan pengambil-alihan perkhidmatan tempatan, tetapi ianya tampak berbeza di Malaysia, berkemungkinan mereka akan melancarkan sendiri perkhidmatan Rakuten Malaysia.

Jadi, adakah Rakuten bakal bersaing dengan sihat bersama-sama dengan beberapa jenama lain, termasuk Lazada yang dilancarkan baru-baru ini oleh Rocket Internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd