READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Mozilla Memperkenalkan Sokongan Reset Firefox

Diterbitkan pada Mei 17, 2012 oleh

Dengan aktiviti yang dihabiskan di arena web boleh dikatakan semakin hari semakin meningkat, semestinya ia memberikan efek kepada pelayar web, sekaligus menjadikan pelayar web semakin berat dengan pertambahan pelbagai perkara. Untuk mengemaskini dan membaikinya mungkin mengambil masa yang lama. Dalam usaha untuk memudahkannya, kini Mozilla memperkenalkan fungsi “Reset Firefox”.

Melalui sokongan “Reset Firefox” ia dengan pantas membuat profil baru untuk pengguna, dan memindahkan segala data termasuk Bookmark, Cookies, kata laluan dan beberapa data lagi kepada profil baru. Dan seterusnya mengantikan pelayar web anda dengan pelayar web serba baru dengan pantas.

Mungkin dengan pengenalan fungsi ini, Mozilla boleh mengatasi pelbagai komen negatif yang diberikan pengguna termasuk yang sering mengatakan Firefox itu lambat, dan selalu crash boleh menggunakan fungsi ini. Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu menggunakan Firefox Beta dan seterusnya ke menu Help, dan membuat pilihan Troubleshooting Information. Butang Reset Firefox kemudiannya akan diperlihatkan pada bahagian kanan laman.

Terdapat 3 komen
  1. Is this really a cool features? Or firefox should make it light weight as google chrome?

Komen

Nama
Web