READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Sony Mobile Melancarkan Xperia Go dan Xperia Acro S

Diterbitkan pada Mei 30, 2012 oleh

Sony Mobile hari ini telah pun menambah dua lagi peranti baru pada keluarga telefon pintar Xperia, iaitu Xperia Go dan juga Xperia Acro S, yang mana kedua-duanya memfokuskan kepada peranti tahan lasak dan juga kalis air, selain pada masa yang sama membawakan rekabentuk yang amat menarik sekali bersama-sama dengannya.

Kedua-dua peranti ini turut sama membawakan paparan Reality padanya untuk memperlihatkan gambar dengan lebih jelas, selain turut disertakan dengan sokongan merakamkan gambar dengan pantas melalui kamera terbina padanya. Perkhidmatan terbina daripada Sony, iaitu Sony Entertainment Network turut disertakan bersama dengannya.

Dari segi spesifikasi, Xperia Go membawakan skrin seluas 3.5-inci, kamera 5-megapixel, skrin tahan lasak, kalis habuk dan air, serta menggunakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras bersama-sama dengannya. Ia turut dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread dengan sokongan untuk dikemaskini kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Xperia Acro S pula membawakan skrin seluas 4.3-inci dengan sokongan paparan 720p HD, kamera 12-megapixel dengan sokongan rakaman video 1080p melalui kamera belakang, dan 720p melalui kamera hadapan, cip pemprosesan 1.5GHz, dan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Selain itu, ia turut didatangkan dengan sokongan sambungan HDMI kepada TV dan juga NFC.

Buat masa ini, kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia.

Terdapat 30 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. bila baca artikel ni, aku yg SamsungFag mcm nak jadi SonyFag je. aku pon dlm dilema skrg ni, nak angkat Sony Acro S atau Galaxy S III. serius dlm dilema. tp kalau dinilai dari segi design, dah tentu Sony menang. sebab S III punya curve agak buruk

    • samsung mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik dari sony,cuma touch wiz nya kureng menarik

  2. DeSign acro S tu smart jugak, terutama setiap penjuru skrin tu. Sekata dengan bentuk badan. Tidak seperti samsung s3 yang nampak sedikit janggal.

  3. bg ak la, ak dh mla jtuh hati kt xperia acro s nie lak after model nokia n8., cuz the reason is kmera ttap sme ngn model nokia n8 tuh mlah konfem2 pic cntik dpt kt sony lg, then dr Os lak nie gna android support lak lg upgradedable latest OS.. klu n8 symbian.. dr sgi interface lwa lg android dr symbian dan the most important things is dye pnya GPU adlah 1.5ghz.. bpak smooth gler klu scroll ke hape ke.. dr sgi install apps mst xde prob nye dn swaktu mggunakan.. nak bndingkn ngn n8 ak yg juz 680mhz je GPU dye.. srius agk lack gler.. kdang krap hang la ble open stu2 apps..

    • Kenapa anda mengeja macam ni? Hilang kepandaian saya dalam Bahasa Melayu setelah membaca karangan pendek anda di atas.

    • bg aku optic/lens nokia n8 better dr sony acro nie… tp papepun tggu comparison nokia n8 vs sony acro nie la… tp kalo ko nk bndingkn nokia n8 ngan acro nie mmg x fair… sbb tu nokia n8 tu phone zaman bila… kalo nk banding kamera bnding ngan nokia 808… symbian mmg ekosistem dia x luas mcm android tp aku x rasa pun android better dr symbian… symbian lg smooth, jimat bateri, less hardware hunger berbanding android… kalo ko pentingkn ekosistem go for android la… tp kalo android, aku mungkin aku akn go for samsung sbb lg byk mod, custom rom & laen2… dr pendapat aku yg power user iOS…

  4. gila ah Sony. bermula garang tahun 2012 ni selepas 2011 jadi loser. good job!

    Sony dah tak pandang dah single-core. semua model 2012 dia sumbat dual-core. low-end ke, mid-end ke, atau high-end. camtu la adil dan saksama!

  5. setelah melakukan sedikit pencarian di yutiub saya berasa amat berbesar hati dan berpuas hati melalui video yang ditayangkan kerana ia telah mencapai tahap yang saya jangkakan. selling point yang kuat di sini adalah dengan melalui telefon pintar kalis air dan saya amat memerlukan peranti sebegini.

  6. Aku pkai sony xperia acro s,bteri cpt hbis kuat mkn.. Di galak kan la pkai power bank

Komen

Nama
Web