READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

SmartTV daripada Samsung, seperti pada namanya adalah merupakan televisyen pintar daripada Samsung, menawarkan bukan sahaja sokongan internet melalui peranti mereka, tetapi turut membawakan pelbagai sokongan dan fungsi menarik padanya. SmartTV baru-baru ini telah pun dilancarkan di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya untuk digunakan pada ruang tamu mereka.

Sama seperti pada peranti pintar yang lain, SmartTV baru daripada Samsung ini turut didatangkan dengan perisian mereka tersendiri, membolehkan anda memasang aplikasi, serta membuat profil tersendiri padanya.

Family Story

Family Story pada Samsung SmartTV merupakan salah satu fungsi yang membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara, seperti gambar, memo dan lain-lain bersama pengguna SmartTV yang lain terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan. Family Story ini didatangkan secara terbina, dan memandangkan SmartTV sememangnya didatangkan dengan sokongan internet terbina, ia membolehkan anda bukan sahaja berkongsi gambar, tetapi turut sama bersembang dengan mereka ketika berkongsi sesuatu perkara. Ini membolehkan bukan sahaja anda menggunakannya dikalangan keluarga, tetapi turut digunakan dalam perniagaan untuk berhubung dan berkomunikasi bersama rakan kerja yang lain.

Sokongan Video Dan Kandungan Menarik – Bersenam + Pendidikan

Salah satu perkara utama yang digunakan melalui televisyen adalah untuk menonton rancangan berbentuk bersenam, mahupun untuk pendidikan kanak-kanak. Melalui SmartTV, ia didatangkan bersama, dan menariknya, untuk sokongan video-video bersenam, ia membolehkan bukan sahaja anda menontonnya, tetapi melalui sokongan kamera hadapan, ia turut membolehkan anda melihat diri anda sendiri secara bersebalahan ketika bersenam, sama seperti pada tempat latihan diluar.

Untuk pendidikan pula, anda boleh hanya memasangkan rancangan pendidikan kegemaran, dan membolehkan anak anda mempelajari dengan mudah. Melalui sokongan pembacaan terbina, ia boleh membacakan untuk anak-anak, dan ia turut menyertakan sistem mengumpulkan mata ganjaran. Ini bermakna, sebaik sahaja anak anda selesai membaca sesuatu buku digital melalui SmartTV, mereka akan diberikan sebuah lencana, dan boleh mengumpulkannya, serta pada masa yang sama mempelajari pelbagai perkara menarik melaluinya.

Kedua-dua kandungan ini dibawakan terus daripada internet, dan memerlukan sokongan internet untuk menggunakannya.

Sokongan Rangkaian Sosial Terbina

Pada masa sekarang, sokongan rangkaian sosial memainkan perkara penting dalam sebarang peranti pintar. Dan Samsung SmartTV turut sama tidak ketinggalan, dengan menyertakan sokongan untuk beberapa laman sosial popular, seperti Facebook dan juga Twitter.

Para pengguna boleh mengaktifkan dan menghubungkan akaun mereka bersama akaun SmartTV, dimana ia membolehkan mereka terus log masuk ke akaun Facebook dan Twitter dengan hanya log masuk ke akaun SmartTV mereka. Anda juga boleh Tweet dan mengakses Facebook pada masa yang sama sedang menonton rancangan kegemaran anda, sama seperti yang anda lakukan pada telefon pintar hari ini.

Bercakap mengenai akaun SmartTV, ia didatangkan dengan sokongan pengecaman wajah, dimana anda tidak lagi perlu hanya log masuk menggunakan kata laluan, tetapi sebaliknya boleh terus log masuk dengan hanya duduk di hadapan televisyen sahaja.

Sokongan Input Suara Dan Gerakan

Boleh dikatakan, ini merupakan salah satu fungsi yang membuatkan kami tertarik dengan televisyen ini. Melalui SmartTV, ia membolehkan para pengguna mengawal televiysen dengan menggunakan input suara. Daripada memulakan televisyen, sehinggalah mengawal volume dan saluran dengan mudah melalui suara.

Input suara pada SmartTV menyokong bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi turut sama menyokong input dalam bahasa Cina. Namun, ia masih tidak diketahui bilakah input dalam bahasa Malaysia akan diperkenalkan padanya.

Aplikasi Tambahan

Sama seperti pada telefon pintar dan sebagainya, anda turut sama boleh menambah dan memasang aplikasi tambahan pada SmartTV anda dengan mudah. Beberapa aplikasi tempatan yang terdapat pada hari ini, adalah termasuk The Star, Bernama, Food Promotions dan sebagainya.

Samsung sendiri mengatakan mereka memfokuskan untuk terus menambah beberapa aplikasi tempatan dalam tahun ini, dan buat masa ini masih mengawal sepenuhnya aplikasi yang diterbitkan untuk pengguna SmartTV supaya mengekalkan kualiti dan kandungan yang dihasilkan untuknya.

Integrasi Bersama Peranti Samsung Yang Lain

Memandangkan Samsung bukan hanya mengeluarkan televisyen, tetapi turut sama mengeluarkan telefon pintar, tablet dan sebagainya, ia membolehkan anda menghubungkan peranti lain bersama dengan SmartTV.

Sebagai contoh, anda boleh mengawal televiysen pintar ini menggunakan tablet mahupun telefon pintar anda. Selain itu, sokongan aplikasi seperti AllShare dan sebagainya, membolehkan anda berkongsi kandungan daripada tablet dan telefon pintar terus padanya. Anda juga boleh turut memainkan video dan melihat gambar daripad tablet dan telefon pintar terus pada televisyen melalui sokongan tersebut.

Rakaman Video Dan Gambar

Melalui kamera hadapan yang disertakan pada SmartTV, ia membolehkan anda merakamkan gambar dan video untuk dikongsikan bersama yang lain. Menariknya, anda turut sama boleh merakamkan video ketika menonton rancangan yang lain, dan hanya suara anda sahaja akan dirakamkan, dan tiada sebarang suara daripada rancangan atau perkara yang dimainkan yang disertakan pada rakaman video tersebut.

Lain-lain

SmartTV turut didatangkan dengan kaca mata 3D, dan menyokong tayangan video dalam bentuk 3D. Pada masa yang sama, ia membawakan sokongan kit naik-taraf, dimana anda boleh menaik-taraf SmartTV anda kepada yang lebih baik, apabila kemaskini dikeluarkan. Ini membolehkan anda menggunakan pelbagai perkara dan sokongan baru bersama SmartTV anda, walaupun pada tahun-tahun akan datang.

Harga

Di Malaysia, Samsung SmartTV bermula daripada harga RM10,999 untuk siri ES7500 bersaiz 46-inci, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Terdapat 16 komen
  1. Berita gembira buat Gagger, lepasni samsung akan melancarkan mesin basuh pintar yang dijana denga pemprosesan empat teras.bertambahlah koleksi Gagger

  2. Haa amanz buat lah giveaway tv ni. Confirm ramai gila orang visit website hang. :P

  3. Nak tanya, Smart TV ni tak boleh ke guna keyboard? Kat rumah ada Smart TV tapi cam tak smart je sebab takleh nak fully function sebab tak tahu caranya. Ada wifi, ethernet port, etc tapi takkan nak taip guna remote which is kena pi satu2 guna arrow and pilih huruf. Any idea?

  4. I put this Smart TV in my bedroom last month and I love it to the point I rarely leave my bedroom when I’m home… Hahahah.. I love the 3D function and Smart TV apps esp VIKI… hehehe

    @Mehacreative Yes, you can use wireless keyboard and mouse.. I use those too so that I can watch Online TV easier..

    Buying Samsung Smart TV worth my every penny.. ;)

Komen

Nama
Web