READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Seperti yang kami laporkan secara eksklusif pada minggu lepas, hari ini, Animonsta telah pun melancarkan aplikasi pertama mereka untuk iOS, dinamakan sebagai Boboiboy Superkick. Aplikasi ini boleh dimuat-turun pada harga $0.99 daripada AppStore bermula hari ini.

Aplikasi Boboiboy Superkick ini memfokuskan kepada kawalan bola dengan mengerakkan peranti ke kiri dan ke kanan. Bagi yang biasa dengan beberapa aplikasi lain, seperti Doodle Jump dan sebagainya, mungkin anda dapat memainkan permainan ini dengan mudah.

Integrasi sosial turut disertakan, membolehkan anda berkongsi markah yang dikumpulkan terus ke laman Facebook terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Boboiboy Superkick ini untuk peranti iOS anda yang menjalankan iOS 5.0 dan ke atas.

Terdapat 15 komen
Komen Popular
  1. macam mana nak muat turun game boboiboy superkick dalam e-book

Keseluruhan Komen
  1. Jangan semata-mata harap app cross platform, kalau tidak berintensi untuk sokong pembangun dari sudut pembelian.

    Bukannya nak skeptikal melulu, tapi bila release je mesti orang nak cari dia nyer file APK kat internets. Nak “trial” dulu la kununnye.

  2. Sokonglah aplikasi buatan tempatan!! Boboiboyyyy Superkick …terbaeekkkkk

  3. kalau boleh buat lah app boboiboy yang belawan ngan adudu.

  4. Boboiboy Halilintar dan Boboiboy Taufan dan Boboiboy Gempa Adalah Kegemaran Saya.Terbaik.

  5. Fang tak suka Boboiboy.Fang ada kuasa bayang.

  6. Boboiboy Halilintar Boboiboy Taufan Boboiboyyy Gempaaa

  7. macam mana nak muat turun game boboiboy superkick dalam e-book

Komen

Nama
Web