Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan secara eksklusif pada minggu lepas, hari ini, Animonsta telah pun melancarkan aplikasi pertama mereka untuk iOS, dinamakan sebagai Boboiboy Superkick. Aplikasi ini boleh dimuat-turun pada harga $0.99 daripada AppStore bermula hari ini.

Aplikasi Boboiboy Superkick ini memfokuskan kepada kawalan bola dengan mengerakkan peranti ke kiri dan ke kanan. Bagi yang biasa dengan beberapa aplikasi lain, seperti Doodle Jump dan sebagainya, mungkin anda dapat memainkan permainan ini dengan mudah.

Integrasi sosial turut disertakan, membolehkan anda berkongsi markah yang dikumpulkan terus ke laman Facebook terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Boboiboy Superkick ini untuk peranti iOS anda yang menjalankan iOS 5.0 dan ke atas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd