Cari @ Amanz

Dengan perkembangan jual-beli melalui arena internet, salah satu laman jual-beli yang berkembang secara positif pada beberapa bulan kebelakangan ini adalah Ked.ai. Hari ini, pembangun laman tersebut memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi iOS yang diperkenalkan sebelum ini, menyertakan beberapa fungsi baru bersama dengannya.

Melalui kemaskini aplikasi iOS yang diperkenalkan, ia kini lebih mudah dikendalikan, disamping para pengguna juga boleh mencari pelbagai perkara yang ditawarkan oleh para peniaga di Ked.ai.

Sokongan sosial, seperti perkongsian ke Facebook dan juga emel turut disertakan, selain daripada sokongan carian barangan pada aplikasi tersebut. Bagi penjual pula, mereka kini boleh mengubah sebarang maklumat berkenaan barang jualan mereka terus melalui peranti iOS mereka, tanpa perlu melayari laman tersebut melalui pelayar web seperti sebelum ini.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Ked.ai hari ini, sementara pengguna lain boleh melayari laman Ked.ai, dan melihat apakah perkara menarik yang ditawarkan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd