Cari @ Amanz

Selepas pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan dengan iOS6 kedengaran sebelum ini, akhirnya perkara tersebut kini disahkan akan diumumkan pada WWDC yang bakal diadakan pada hari Isnin ini kelak, apabila kini banner-banner untuk iOS 6 mula dipasang pada bangunan yang bakal mengehoskan WWDC 2012.

Namun, ia masih disasarkan Apple hanya akan memperkenalkannya, dengan pelancaran dan untuk memuat-turunnya, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi.

Melalui iOS 6, ia diperkatakan bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk sokongan peta terbina yang dibangunkan oleh Apple sendiri, mengantikan Google Maps daripada Google seperti sebelum ini.

Mungkin lebih banyak fungsi baru bakal diumumkan oleh Apple pada acara tersebut pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd