Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, ia memerlukan para pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk melayari gambar-gambar Instagram, disamping Like dan komen padanya, kini anda tidak perlu lagi, apabila Instagram sendiri memperkenalkan fungsi tersebut kepada para pengguna web.

Melalui kemaskini antaramuka web yang diperkenalkan oleh Instagram, ia kini memfokuskan kepada gambar, disamping menawarkan sokongan untuk meninggalkan komen dan Like gambar tersebut.

Namun, apa yang masih kekurangan buat masa ini adalah kebolehan untuk memuat-naik gambar, dan juga sokongan melihat gambar-gambar yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna. Mungkin kita akan dapat melihatnya diperkenalkan tidak lama lagi kepada para pengguna web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd